Bulan 5

Assalammualaikum..WOW!!! setelah sekian lama tidak mengupdate ini BLOG. Bulan 5 mmg byk sgt nak diceritakan... mana satu ni nak cerita dulu?? haha.. Firstly, sudah tamat lah pengajian aku di DUNGUN, Terengganu. hihi, sangat bebesar hati kerana dapat pulang semula ke negeri tumpahnye darah ku ini, IM JOHOREAN!! yeay!! InsyaAllah jika dipanjangkan umur aku akan kembali ke sana kerana mengambil segulung diploma, ijazah belum lagi. hehehe...


ini tempatlah akan aku naiki utk menerima dip tahun depan :))



ini budak nama dia SYAIDATUL ATIKAH BINTI TALIB, betul tak syai?? roomate dari sem 1 sampai sem 2 je.. tp sampai skrg kiteorg still love each other. haha.. see, muka kami seakan2 nak samakan..? huhu.. seronok roomate ngan syai ni, sehinggakan sem 3 kiteorg telah dipisahkan oleh warden, nak tau sbb apa? sebab kami lain course, so ke sebilik dgn course masing2, meleleh airmata aku ni. tp kiteorg still contact babe.. love u more la SYAI!!!

ini pula ijji ijjyiana.. hahaha, org kanan aku. ceh, tadelah. actually die ni paling rapat sgt ngan aku... bergaduh bertengkar perkara biasa masam muka bagai lah. tp kalau hati dah sayangkan... hihi.. classmate+housemate= bestie :) miss izzy!

ini lagi satu ggirl.. mmg sekepala!! alololo nut sayang. actually kenal die time PLKN lg, tp die sombong tanak kawan ngan kite taw... huhu jodoh pertemuan tu takan kemana, kami bertemu di DUNGUN!! ok sem1-sem3 kwn mcm biasa. kami PRAKTIKAL ditempat yg same!! MPJBT menjadi sebuah kenangan buat pasangan ni membuat kerja gila2.. huhu now nak kerja pon sama2 :)))))

second cerita pula AIN KAWIN, yeayyy!!! ain tu kwn sekolah menengah aku. ok dia dah kawen, sgt sweet. (ups, tayah nak cemburu sgt la bella lepas ni turn kau.) hahaha.. semoga ikatan perkahwinan ain dengan suami berbahagia buat selamanya dan dpt baby yg kiut-miut and solehsolehah..

so cantik bila menjadi raja sehari ni kan.. hihihi. aku salah sorg kawan ain yg tau dia ni penggemar purple dari dulu lagi... nnt dpt baby jgn pkaian die hari2 purple sudah.. hehehe *gurau. ;p




apa lagi mau cerita. aduiyepun... ini hero selalu buat sy marah lorh... tp still syang. pujaan hati ni. semoga permudahkan lah urusan kami utk kemuncaknye, tgal lg 2 bulan je.. ya Allah so comfortable :|






#WordlessWednesday Annual Dinner


Assalammualaikum.. makan-makan lagi... ini lah kali terakhir makan bersama PA kami.. berharap akan berkumpul semula... tq puan ramlah kerana menjaga kami dari sem 1 hingga sem 6. :)





DIP 6 - S 3 
kenangan 2010-2013




Tahniah! Anda berjaya. :)



Assalammualaikum.. selamat petang... TAHNIAH ANDA BERJAYA!!! 8/4/2013 berlangsungnya #FYP (Final Year Project). setelah sekian lama, akhirnya kami dapat menarik hati panel dari luar poli dengan hasil kerjasama yg telah diberikan.. alamak, ayat entah pape.. HAHA... pandangan dan cadangan yang baik telah kami terima. tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kepada En Opie dlm menjayakn projek kami, abg hazam yg byk membantu dn mengajar kami dan 2org rakan seperjuangan iaitu IZZY dan WANIE. walaupun WANA tiada, kami masih igtr pdmu wana,,, huhu..






Dalam kenangan


Assalammualaikum.. "Ya Allah sesungguhnya kau tempatkan lah arwah di kalangan orang2 yang beriman." Amin~ pada hari ini seorang saudara kita telah meninggalkan kita. sahabat, Allah lg sayangkan kamu. yang masih hidup ni kita harus teruskan jua kuhidupan kita.

Nama Arwah Mohd Hekbar b Abdul Halim, di panggil e-bye. kenangan waktu sekolah sudah cukup mengingatkan aku kepada arwah. arwah seorang yg cool tp baik hati. bersahabat dengan arwah sangat menyenangkan bagi aku. Arwah jenis yang tak lupa akan kawan-kawanya. 

Arwah banyak beri nasihat dalam menjalinkan hubungan aku dengan bakal suamiku. yaAllah tak sangka atau tak diduga nasihat itu amat bermakna buat aku dan aku labelkan sebagai hadiah arwah yg terakhir buat aku. Aku bersyukur kerana mendapatkan hadiah itu walaupun aku dan arwah sebaya.

Aku rasa serbe salah tak dapat tunaikan permintaan arwah, arwah nak jamu nasi minyak waktu majlis aku bulan 8 ni, tp arwah sudah pergi dahulu. yaAllah meleleh airmata aku ni kenangkan itu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. buat para sahabat ku yang lain lolok, alon, nopal, ep, lukman, kapak, nyna, ain, zarina, susu dan lain-lain. mari kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah e-bye.


# Dalam Kenangan
MOHD HEKBAR BIN ABDUL HALIM
6 OGOS 1992 - 24 MAC 2013


Bangkit!

Assalammualaikum.. Selamat pagi... wahai sahabat2 ku sekalian bangkitlah korang dr tidur.. HAHAHA :D Awalnyelah bangunnye si NABILA ni... hehehe.. itu perkara biasa. rasanya bukan rasanya dah memang dah lama la kot tak post entry. kurang dah org lalu lalang kat sini... Alamak!! buzy la.. tade mase nak menaip2.. menaip2 tugasan adalah..

Korang semua nak tau tak sy ni dah nak diakhiri zaman DIPLOMA. YaAllah kau beri kekuatan padaku untuk menempuhi saat2 gentir ini!! AMIN~ pengalaman 3 tahun di DUNGUN ni banyak mengajar aku erti kehidupan sendirian.. berdirinya aku disini adalah satu kebangkitan untuk aku memulakan kehidupan kedewasaan ku, yeah!

Kawan2ku terutamanya DIP6-S3 dan terutama sekalinya housemate ku, terima kasih kerana kebangkitan ini di waktu2 akhir ini lah aku ingin memohon maaf sekiranya pengenalan selama ini aku ade tersilap kata terlanjur bahasa maafkanlah aku dari hujung rambut sehingga hujung kaki ye.



nabila's official blog since 2010❤