Dalam kenangan


Assalammualaikum.. "Ya Allah sesungguhnya kau tempatkan lah arwah di kalangan orang2 yang beriman." Amin~ pada hari ini seorang saudara kita telah meninggalkan kita. sahabat, Allah lg sayangkan kamu. yang masih hidup ni kita harus teruskan jua kuhidupan kita.

Nama Arwah Mohd Hekbar b Abdul Halim, di panggil e-bye. kenangan waktu sekolah sudah cukup mengingatkan aku kepada arwah. arwah seorang yg cool tp baik hati. bersahabat dengan arwah sangat menyenangkan bagi aku. Arwah jenis yang tak lupa akan kawan-kawanya. 

Arwah banyak beri nasihat dalam menjalinkan hubungan aku dengan bakal suamiku. yaAllah tak sangka atau tak diduga nasihat itu amat bermakna buat aku dan aku labelkan sebagai hadiah arwah yg terakhir buat aku. Aku bersyukur kerana mendapatkan hadiah itu walaupun aku dan arwah sebaya.

Aku rasa serbe salah tak dapat tunaikan permintaan arwah, arwah nak jamu nasi minyak waktu majlis aku bulan 8 ni, tp arwah sudah pergi dahulu. yaAllah meleleh airmata aku ni kenangkan itu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. buat para sahabat ku yang lain lolok, alon, nopal, ep, lukman, kapak, nyna, ain, zarina, susu dan lain-lain. mari kita sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah e-bye.


# Dalam Kenangan
MOHD HEKBAR BIN ABDUL HALIM
6 OGOS 1992 - 24 MAC 2013


Bangkit!

Assalammualaikum.. Selamat pagi... wahai sahabat2 ku sekalian bangkitlah korang dr tidur.. HAHAHA :D Awalnyelah bangunnye si NABILA ni... hehehe.. itu perkara biasa. rasanya bukan rasanya dah memang dah lama la kot tak post entry. kurang dah org lalu lalang kat sini... Alamak!! buzy la.. tade mase nak menaip2.. menaip2 tugasan adalah..

Korang semua nak tau tak sy ni dah nak diakhiri zaman DIPLOMA. YaAllah kau beri kekuatan padaku untuk menempuhi saat2 gentir ini!! AMIN~ pengalaman 3 tahun di DUNGUN ni banyak mengajar aku erti kehidupan sendirian.. berdirinya aku disini adalah satu kebangkitan untuk aku memulakan kehidupan kedewasaan ku, yeah!

Kawan2ku terutamanya DIP6-S3 dan terutama sekalinya housemate ku, terima kasih kerana kebangkitan ini di waktu2 akhir ini lah aku ingin memohon maaf sekiranya pengenalan selama ini aku ade tersilap kata terlanjur bahasa maafkanlah aku dari hujung rambut sehingga hujung kaki ye.



#1 Love Story

Assalammualaikum.. selamat malam semua. terlebih dahulu bella ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat umat ISLAM seluruh dunia... perkara biasa aktiviti raya haji, mesti qurban lembu ataupun kambingkn... sakan la minggu ni makan daging je.. huhu...:)

Bismillahirrahmanirrahim.. entry bella kali ni agak memalukan juga, tp itu tanggungjawab bella untuk menjaga cinta itu. terlebih dahulu bella nak ucapkan terima kasih buat kaum keluarga yang telah menjayakan majlis permulaan untuk bella menempuhi alam seterusnya..

Pada mulanya memang tak percaya, balik pagi2 dari dungun petang itu acara bermula... tersipu malu dibuatnya.. hati ni berkata betul ke atau tidak aku ingin dirisik oleh seseorang??.. pandang kiri kanan orang sebok menyempurnakan majlis tersebut...betul ke aku ade disitu? betul ke itu majlis aku??

ok, tarik nafas panjang2...lelaki itu text "sy berada di pekan nenas" .aku berada dikampung... baiklah. :) smiley kejap. bersiap sedia masih lagi bergetar tgn ni... huh >__< . Hujan lebat pula turun bagai perpeluh2 badan aku ni menanti rombongan lelaki! 

Tibe2. yaAllah!!! mereka telah sampai, kenapa aku menitis air mata ni??? T____T mereka tak tahu, tp aku tahu! mereka masuk je hujan lebat itu berhenti. duduk diam2 dekat ruang tamu kedua.. tertanya2, apa yg mereka bincangkan?? kenapa lama sgt?? ha! banyak tanye sgtkan.. "ibu said : KAKAK MEH KEDEPAN NAK SARUNG CINCIN NI" "kakak said : TANAK!!!! AKAK MALU!! *blushing2". 

Dengan tanpa segan silu, lutut bergetar juga la, melangkah setapak demi setapak mencapai ke tempat mereka, hanya memandang ke hadapan je. eh!! lupa pula nak salam bakal keluarga baru. :)v peace! duduk tempat asal, tunduk je...wakil pihak lelaki dtg sarung cincin kat jari manis ni.. alahai... :) syukur ALHAMDULILLAH! selesai semuanya.. hilang dah dupdapdupdap..



Status aku kini telah DIRISIK orang, itu maknanya bujang aku akan tamat tak lama lagi... aku bersyukur padamu yaAllah telah memberi aku jodoh dgn sepantasnye.. mudah2han akan terjaga hubungan ini hingga ke jinjang pelamin... amin~

#1 Love Story : 24/10/2012




nabila's official blog since 2010❤